Wednesday, May 5, 2010

Kerana mulut...

ada banyak perkara kita perlu belajar tentang hidup,
salah satunya : belajar bila untuk jahit bibir dan akal.

ada masa-masa yang datang, di mana seeloknya kita kuncikan kehendak gelojak inkuisitif atau
kuriositif dari terpecah di ruang-ruang konversasi

1-
emak kita seharian kerja dari pagi sampai ke malam, bila pulang,dia masakan cucur pisang.
malangnya agak kurang rasa sedapnya
kamu tegur," eh, tak berapa sedaplah ibu"

bahana/bencana:

ibu kau akan
a) tak keluar bilik sampai waktu kerjanya bermula atau
b) dia terus maki hamun dan mengerah kau masak mulai saat itu.
tak perlu dipersoalkan,semua perkara akan mula diungkit, dan kau akan rasa macam celaka.

2-
saudara kamu meninggal dunia,dan ketika dikafankan,jasadnya berbau busuk. di liang lahad,
asyik ada sahaja yang tidak kena. berairlah. sempitlah.
kau tanya, "ish.kenapa agaknya ya?"

bahana/bencana:

a)kau takkan dijemput ke majlis pernikahan saudara-mara atau
b)kau tidak langsung boleh silap sedikit.komentar kau itu akan dibalik-balik sehingga tidak masuk akal

3-
biasanya tiga hari sebelum cuti,boss akan beri kamu bermacam-macam perkara untuk diselesaikan.
tiap kali itu,dia cuma berdiam
kau berjenaka." hai boss.tk ada kerja untuk kami kah ?"

bahana/bencana

a) makan tengahari bersama rakan setugas tidak mungkin ada lagi untuk engkau
b) satu-satunya pekerja yang berbual same engkau adalah makcik mah,tukang cuci pejabat
c)kau dianjing sebagai anjing yg suka jilat punggung bos

kerana mulut badan binasa
kerana mulut habis rosak latar belakang seseorang tu

itu sesama manusia
sesuatu yang fizikal